MA'A TAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN
Assalamualaikum wbt. dan Salam UMS kampus ceria... Rasanya belum terlambat bagi Pihak JAKMAS CD mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaam semester 1 2012/2013... Salam Imtihan buat semua khususnya buat warga CD. Semoga kita semua dipermudahkan untuk menjawab soalan ketika di Dewan Peperiksaan.. Setelah USAHA yang telah dilakukan sepanjang 'study week' diiringi dengan DOA untuk mendapat keputusan yang cemerlang, TAWAKAL juga amat penting..
Mutiara Kata
Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh. USaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil di luar jangkaan. Yang selebihnya, kita hanya mampu bertawakal dan redha. Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya.
Buat semua warga CD, disino kami ada sertakan beberapa TIPS peperiksaan untuk dikongsikan. Semoga tips ini akan dapat membantu sahabt-sahabat semua.
SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN
- Baca secara imbas (panduan, tips & rumusan penting) untuk paper esok.
- Tenangkan fikiran
- Sediakan segala peralatan peperiksaan
- Tidur awal
SEMASA HARI PEPERIKSAAN
- Bangun awal
- Solat tahajud, Subuh dan Hajat.
- Bersiap ke Dewan Peperiksaan.
- Sarapan
- Pastikan membawa segala peralatan peperiksaan, slip dan kad matrik.
- Bergerak awal
- Lakukan perkara berikut sebelum ke Dewan Peperiksaan
- baca Al-fatihah - 3x
- Takbir -7x
- Selawat - 3x
SEMASA DI KAWASAN PEPERIKSAAN
1. Baca:-
- baca Al-fatihah - 3x
- Takbir -7x
- Selawat
- Doa Penerang hati - 1x
DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
1. Duduk dengan tenang dan bertawakal
2. Baca:-
- Doa Penerang hati
- Doa tidak lupa
3. Sebelum membuka kertas, baca surah Al-Fatihah dan mula menjawab
4. Sekiranya ingin mengingat apa yang abda terlupa semasa menjawab soalan, jangan panik. Berselawatlah, In Shaa Allah akan ingat semula.
No comments:
Post a Comment
Sila suarakan sebarang cadangan, pendapat, aduan dan komen anda di ruangan comments. Suara anda amat kami hargai..