WELCOME

♥♥ SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI JAKMAS CD ♥♥

Thursday 15 November 2012

BADMINTON KEMBALI LAGI!


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam Kampus Harmoni
BERITA BAIK UNTUK YANG MEMINATI SUKAN BADMINTON!

Exco Sukan & Rekreasi dengan kerjasama Exco Keusahawanan Jakmas CD akan membuka gelanggang khas kepada anda bermula ESOK(16 November 2012). Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada poster di bawah.



Sekian, terima kasih.

"Wellness Community"
Exco Informasi & Penerangan CD SESI 2012/2013

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434


Sumber Gambar: Exco Pembangunan Modal Insan CD

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua Warga UMS khususnya residen CD. Semoga Hijrah kita seterusnya akan lebih baik daripada yang sebelumnya.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" Ar-Ra'd:11.
Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.. (Mohamed Yosri Mohamed Yong: Hari Maal Hijrah/ Awal Muharram)

 " Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.." An-Nisaa: 100 
 Bersempena dengan Ketibaan Tahun Baru Maal Hijrah 1434, satu kuliah maghrib tentang FIQH SIRAH: 1001 Ibrah Hijrah Nabi yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Masjid UMS akan diadakan pada hari sabtu iaitu 17 Nov 2012 bertempat di Masjid UMS selepas solat Maghrib. Penceramah jemputan adalah Ustaz Abdul Halim Abbas seorang penceramah bebas. Anda semua dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan lagi majlis ilmu pada kali ini.

Sumber gambar: Kelab Rakan Masjid UMS

Sunday 11 November 2012

SLIP PEPERIKSAAN SEMESTER I SESI 2012/2013

SLIP PEPERIKSAAN SEM 1 SESI 2012/2013
Adalah dimaklumkan bahawa Slip Peperiksaan Semester 1 sesi 2012/2013 sudah mula boleh dicetak bermula pada 12 November 2012 di dalam SMP. Pelajar-pelajar adalah diingatkan agar meyemak perdaftaran kursus masing-masing untuk pelajar duduki semasa Peperiksaan Akhir Semester I Sesi 2012/ 2013.
Sekian, harap maklum.
Seksyen Peperiksaan dan Penikaian

dikemaskini- 12/11/2012
sumber: BPA UMS


Sunday 4 November 2012

ADUAN KAFETERIA CD

KEPADA : SEMUA RESIDEN CD
DARIPADA: EXCO PERKHIDMATAN MAHASISWA

KAMI SEDANG MENGUMPULKAN ADUAN-ADUAN BERKAITAN KAFETARIA UNTUK DIUSULKAN DALAM PERJUMPAAN SETERUSNYA DENGAN PIHAK KAFE PADA 10/11/2012.
MOHON KERJASAMA ANDA SEMUA UNTUK MENYUARAKAN MASALAH YANG BERLAKU DI KAFETARIA TERUTAMA KEJADIAN YANG PERNAH TERJADI KEPADA ANDA SENDIRI.
SILA ISIKAN MAKLUMAT SEPERTI DI BAWAH SUPAYA DAPAT MENJADI BUKTI YANG SAHIH KEPADA PIHAK KAMI.
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA.

________________________________________________________________________

ADUAN TENTANG KAFETARIA

NAMA
NO. MATRIK:
BILIK:
NO TEL:

ADUAN:

*TOLONG SERTAKAN SEKALI TEMPOH MASA KEJADIAN DALAM ADUAN ANDA (TARIKH @ BULAN)

COPY FROM YDP JAKMAS CD: MUHAMMAD YUSUF SOBERY