Sumber Gambar: Exco Pembangunan Modal Insan CD
Kami mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua Warga UMS khususnya residen CD. Semoga Hijrah kita seterusnya akan lebih baik daripada yang sebelumnya.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" Ar-Ra'd:11.
Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.. (Mohamed Yosri Mohamed Yong: Hari Maal Hijrah/ Awal Muharram)
" Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.." An-Nisaa: 100
Bersempena dengan Ketibaan Tahun Baru Maal Hijrah 1434, satu kuliah maghrib tentang FIQH SIRAH: 1001 Ibrah Hijrah Nabi yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Masjid UMS akan diadakan pada hari sabtu iaitu 17 Nov 2012 bertempat di Masjid UMS selepas solat Maghrib. Penceramah jemputan adalah Ustaz Abdul Halim Abbas seorang penceramah bebas. Anda semua dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan lagi majlis ilmu pada kali ini.
Sumber gambar: Kelab Rakan Masjid UMS
No comments:
Post a Comment
Sila suarakan sebarang cadangan, pendapat, aduan dan komen anda di ruangan comments. Suara anda amat kami hargai..