WELCOME

♥♥ SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI JAKMAS CD ♥♥

Saturday 16 March 2013

GYM AT CD


SALAM MINGGU INSPIRASI SANUBARI

Salam Minggu Inspirasi Sanubari..

mpp HELWA & MEDSTAS mengnjurkn sebuah forum brtajuk "Hidup Sekali Manfaat Selamanya"..tiket kemasukan ke forum dah dibuka utk penjualan..

Pelajar=Rm5
Staf/org luar = Rm7


Panel yg akn menghangatkn forum ialah Ustaz Zamri, Ustaz Amin Idris & Amie Sofea (juara Saleha)..
Masa:6.00pm(ahad, 17Mac2013)
Tempat:DC, UMS


Utk tempahan tiket hbungi :
ShahBudin  (Sila klik pada nama)


ATAU TINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI UNTUK MENEMPAH


BAKAL MENYUSUL
(SIRINTIS 1/2013)

(MAKMA 2013)

DAN BANYAK LAGI....


LESTARI ALAM SEKITAR


Assalamualaikum dan salam 1 kampus harmoni...,


Berikut merupakan senarai nama pemenang bagi pertandingan poster dan rekacipta yang dianjurkan oleh Program Lestari Alam Sekitar..


POSTER

1) Wong Bao Zhi (BS11110685)
2) Tan Mei Mei (BK11110300)
3) Siti Zakiah Binti Hussain (BA10110403)

REKACIPTA
1) - Shahril Bin Abd Latief (BC12160224), Mohd Azif Bin Ahmad (BB 12160843) , Firdaus Bin Harun (BK12110089), Abdul Rahman Bin Amat (BP12160500)
2)- Nurul Shahadatul Afizah Binti Asman (BK10110230)
3)- Sharadjane Binti Rasul (BB12110531), Noor Asmida Binti Boyong (BT12110118), Norazimah Binti Ali (BA12110308), Siti Noor Fatimah Binti Abdul Manaf (BA12110471)

KEBERSIHAN DAN KECERIAAN BLOK

LELAKI - Kg D blok G
PEREMPUAN - Kg C blok F

Tahniah diucapkan kepada pemenang.... ^_^ =) =D

WELLNESS COMMUNITY

Tuesday 19 February 2013

Happy Chinese New Year
(Photo by Saripuddin Mappiasi) 

SALAM MAULIDUR RASUL
WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
(Photo by Mohd Radfizul)

Monday 31 December 2012

MA'A TAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN

MA'A TAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN
           
Assalamualaikum wbt. dan Salam UMS kampus ceria... Rasanya belum terlambat bagi Pihak JAKMAS CD mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaam semester 1 2012/2013... Salam Imtihan buat semua khususnya buat warga CD. Semoga kita semua dipermudahkan untuk menjawab soalan ketika di Dewan Peperiksaan.. Setelah USAHA yang telah dilakukan sepanjang 'study week' diiringi dengan DOA untuk mendapat keputusan yang cemerlang, TAWAKAL juga amat penting.. 


Mutiara Kata
Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh. USaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil di luar jangkaan. Yang selebihnya, kita hanya mampu bertawakal dan redha. Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya.


Buat semua warga CD, disino kami ada sertakan beberapa TIPS peperiksaan untuk dikongsikan. Semoga tips ini akan dapat membantu sahabt-sahabat semua.


SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

  1. Baca secara imbas (panduan, tips & rumusan penting) untuk paper esok.
  2. Tenangkan fikiran
  3. Sediakan segala peralatan peperiksaan
  4. Tidur awal

SEMASA HARI PEPERIKSAAN
  1. Bangun awal
  2. Solat tahajud, Subuh dan Hajat.
  3. Bersiap ke Dewan Peperiksaan.
  4. Sarapan
  5. Pastikan membawa segala peralatan peperiksaan, slip dan kad matrik.
  6. Bergerak awal
  7. Lakukan perkara berikut sebelum ke Dewan Peperiksaan

  • baca Al-fatihah - 3x
  • Takbir -7x
  • Selawat - 3x

SEMASA DI KAWASAN PEPERIKSAAN

1. Baca:-
  • baca Al-fatihah - 3x
  • Takbir -7x
  • Selawat 
  • Doa Penerang hati - 1x

DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

1. Duduk dengan tenang dan bertawakal
2. Baca:-
  • Doa Penerang hati 
  • Doa tidak lupa



3. Sebelum membuka kertas, baca surah Al-Fatihah dan mula menjawab
4. Sekiranya ingin mengingat apa yang abda terlupa semasa menjawab soalan, jangan panik. Berselawatlah, In Shaa Allah akan ingat semula.



AKHIR KATA, SEMOGA BERJAYA... :D

Tuesday 4 December 2012

KAUNTER ADUAN

Salam 1 Malaysia dan 1 UMS Kampus Harmoni..

Kaunter aduan Kebajikan, Keselamatan & Perkhidmatan akan beroperasi mulai Hari Rabu ini di bangunan Jakmas CD..

Hal ini adalah salah satu altenatif daripada pihak Exco Kebajikan & Keselamatan bersama-sama dengan Mahasiswa/i Kolej Kediaman Cemerlang Dinamik untuk mendengar dan menerima aduan secara terus dan telus bersama kami. 
Berikut adalah Jadual dan Masa Operasi:

SELASA: 3.00-5.00 Petang
RABU: 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari & 8.00 Malam - 11.00 Malam
KHAMIS: 8.00 Malam - 11.00 Malam
JUMAAT: 9.00 Pagi - 4.00 Petang

Jenis aduan:

Kerosakan, Cafeteria, Kebersihan, dan lain-lain yang berkaitan

Pihak yang boleh dihubungi:


  1. Pejabat Kolej
  2. JAKMAS CD
  3. Exco Kebajikan & Keselamatan
  4. Exco Perkhidmatan Mahasiswa 

Bagaimana anda membuat aduan:
  1. Mengisi borang aduan di Pejabat Kolej
  2. Membuat aduan bertulis kepada JAKMAS CD
  3. Membuat aduan secara lisan talian/sms kepada JAKMAS CD
Bagaimana JAKMAS CD akan membantu anda?
  1. Berhubung secara terus dengan pihak pengurusan kolej dan pihak yang berkenaan
  2. Mengumpul dan menyimpan rekod aduan dan merahsiakan identiti sekiranya perlu
Mahasiswa Dinamik Penggerak Tradisi Cemerlang

“Wellness Community”


copy from
MUHAMMAD HAFISH BIN SHAHMAN
EXCO KEBAJIKAN & KESELAMATAN
KOLEJ KEDIAMAN CEMERLANG DINAMIK 2012/2013
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH